WARGA EMAS
TANJONG MALIM
Rakyat sesebuah negara yang berusia 65 tahun ke atas boleh dianggap sebagai Warga Tua. Kumpulan ini biasanya terdiri daripada golongan minoriti yang sering diabaikan. Namun demikian, mereka membentuk sebahagian daripada rentetan kehidupan yang bermula dengan kelahiran, dan disusuli pembesaran, penuaan dan akhirnya, kematian. Sebenarnya, setiap warga tua mestilah dianggap sebagai unik kerana telah melalui pelbagai rintangan serta asam garam kehidupan. Pengalaman mereka semestinya tidak terbatas. Justeru itu, mereka berhak dihormati dan dijaga dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab

PAUTAN LAMAN WARGA EMAS

 
 

 

Di Tanjong Malim, Jiran Usia Emas mempunyai keahlian lebih kurang 500 orang. Kebanyakkan aktiviti Jiran Warga Emas diadakan secara bekerjasama dengan organisasi lain. Antaranya kerjasama dengan pihak hospital untuk pemeriksaan secara berkali. Selain itu terdapat juga kelas masakan yang dikendalikan oleh WI untuk Jiran Usia Emas.

Di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, dua buah rumah orang tua telah didirikan. Rumah Sejahtera merupakan penempatan bagi orang-orang tua yang tidak mempunyai saudara-mara. Mereka menjadi penghuni di Rumah Sejahtera ini secara tetap dan dijaga oleh seorang warden. Segala penjagaan diri, masak-memasak dilakukan sendiri. Setakat ini, Rumah Sejahtera mempunyai 20 orang penghuni.

 

RUMAH SEJAHTERA

Dalam usia yang semakin lanjut, warga tua memerlukan penjagaan kesihatan yang lebih rapi. Rumah Sejahtera adalah rumah untuk orang-orang tua yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Terletak di Jalan Ketoyong, dan mempunyai 16 orang penghuni dari pelbagai bangsa.
 

 

PUSAT JAGAAN HARIAN WARGA EMAS


Sebuah lagi ialah Pusat Jagaan Harian Warga Emas. Tugasan pusat ini ialah untuk menjaga warga tua yang tinggal berseorangan di siang hari. Pusat ini mendapat peruntukkan dari kerajaan sebanyak RM 33000 setahun. Mempunyai kelengkapan yang lengkap seperti bilik untuk berehat, ruang tamu, tempat untuk menjalankan latihan fizikal serta suasana yang tenang dan selesa. Pusat Jagaan ini dikelolakan oleh seorang penyelia dibantu oleh dua orang pekerja. Sehingga hari ini, Pusat Jagaan Harian ini masih belum berpenghuni.

Penubuhan pusat ini adalah di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Negeri Perak bertujuan:
  • sebagai tempat menjalankan pelbagai aktiviti sosial dan rekreasi bagi warga tua yang berumur 55 tahun dan ke atas, agar mereka sentiasa sihat dan cergas.
  • menyediakan berbagai kemudahan yang bersesuaian untuk warga tua menjalankan aktiviti.
  • sabagai suatu khidmat sokongan kepada warga tua agar dapat menjalani kehidupan yang selesa dan tidak tersisih daripada masyarakat.

 

 

 

 

BENGKEL WARGA EMAS

Pada tahun 2004, PID telah mengadakan BENGKEL WARGA EMAS bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai komputer dan Internet. Para peserta dipilih dari kalangan Ahli Kelab Warga Emas di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Slim River. Dalam bengkel ini, peserta diberi peluang untuk menggunakan komputer dan Internet dibawah seliaan fasilitator juga diberikan peluang untuk mempelajari cara-cara untuk mengendalikan kamera digital.